banner
kembaraacik.bsky.social
@kembaraacik.bsky.social
2 followers 12 following 24 posts
Posts Media Videos Starter Packs
4️⃣ Bandar-bandar ini diperluas dan digunakan secara intensif semasa zaman Bizantium, terutama oleh orang-orang Kristian untuk menghindari penganiayaan. 🔚
3️⃣ Ia adalah bandar yang mandiri, lengkap dengan ruang tempat tinggal, gudang makanan, sekolah, gereja, kandang ternak, kilang anggur/minyak, kolam baptisan dan makam. Cerobong udara memastikan udara segar dan edaran air bersih bagi penduduk di bawah tanah.
2️⃣ Orang Friga mula membangunkan bandar bawah tanah sekitar abad ke-8 - 7 SM. Bandar-bandar ini sangat besar dan dalam - ada yang kedalamannya hingga 85 meter dan terdiri dari banyak tingkat.
1️⃣ Ada 36 bandar bawah tanah di Cappadocia yang dibangunkan sebagai tempat berlindung dari serangan musuh atau penindasan atau penganiayaan agama. Antara bandar yang terkenal adalah Derinkuyu, Kaymaklı, Özkonak, Özlüce, dan Gaziemir.

#bandarbawahtanah #undergroundcity #kembaraacik
5️⃣ Museum menyimpan koleksi berharga dari era Mevlevi, termasuk naskah kuno dengan tulisan tangan Rumi, alat musik yang digunakan darwis, permadani dan tekstil antik, dan barang-barang peribadi Rumi. 🔚
4️⃣ Kubah ini dibangun di atas makam Rumi oleh jurubina Badr al-Din Tabrizi semasa pemerintahan Sultan Ottoman, Bayezid II. Di sebelah makam Rumi, ada sarkofagus yang lebih kecil milik ayahnya, Bahauddin Walad, dan makam ahli keluarganya.
3️⃣ Setelah kematiannya pada 17 Disember 1273, para pengikutnya membina sebuah makam yang kemudian berkembang menjadi kompleks yang megah. Ciri khas bangunan makam yang paling menonjol adalah Kubah Hijau (Yesil Kubbe).
2️⃣ Pada abad ke-13, Konya adalah ibu kota Kesultanan Seljuk Rum. Ia adalah pusat budaya dan intelektual. Rumi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di sini - mengajar, menulis, dan mengembangkan konsep cinta sejagat dan toleransi.
1️⃣ Mevlana Celaleddin Rumi adalah makam Jalaluddin Rumi yang dikenali sebagai Mevlâna ("Guru Kami") di Turki. Beliau adalah seorang sufi, penyair, dan ahli telegi abad ke-13 yang karyanya, terutama Masnawi, melampaui batas waktu dan geografi.

#MevlanaCelaleddinRumi #jalaluddinrumi #kembaraacik
Lembah Merpati (Güvercinlik Vadisi) adalah salah satu lembah terkenal di Cappadocia. Ia adalah sebuah ngarai sepanjang 4 km antara dua desa: Göreme dan Uçhisar.

#lembahmerpati #guvercinlikvadisi #pigeonvalley #kembaraacik
Lembah Devrent (juga dikenali sebagai "Imagination Valley" atau "Imaginary Valley") terkenal dengan formasi batuan unik yang menyerupai pelbagai bentuk haiwan dan manusia. Bentuk unta yang paling menonjol dan mudah dicam.

#LembahDevrent #devrentvalley #kembaraacik
Lawatan ke Avanos Pottery Village dimulakan dengan pertunjukan pembuatan tembikar. Tak banyak gambar di sini sebab tak dibenarkan ambil gambar dan rakam video di ruang lain sebab rekaan mereka dipatenkan. Banyak barang tembikar yang cantik.

#avanospotteryvillage #cappadocia #kembaraacik
2️⃣ Anak perempuan akan tenun permaidani untuk memberi isyarat kepada ibu bapa yang dia sudah bersedia untuk berkahwin. Permaidani yang ditenun diberi kepada suami sebagai hadiah perkahwinan. Zaman sekarang, itu sudah tak diamalkan.
1️⃣ Adat lama di Turki, perempuan diajar menenun permaidani dan lelaki diajar pembuatan tembikar. Zaman dulu, anak perempuan malu berbicara tentang cinta dan jodoh dengan ibu bapa.

#bazaar54 #turkishcarpets #permaidaniturki #kembaraacik
2/2 Senibinanya menggabungkan unsur-unsur modern dan tradisional Turki.

Kompleks ini ada empat bahagian utama: Lapangan Upacara (Tören Meydani), Aula Kehormatan (Seref Salonu), Museum Atatürk dan Perang Kemerdekaan dan Jalan Singa.
1/3 Nak bagi gambaran betapa besar Anitkabir. Tak daya nak senyum sebab mentari terik di muka.Anitkabir adalah makam yang dibina untuk memperingati Mustafa Kamal Ataturk, terletak di Ankara.

#anitkabir #attaturkmausoleum #kembaraacik
Hari pertama bermalam di Vonresort Abant, Bolu. Hotel cantik. Bilik besar dan cantik. Bila masuk, ada sofa besar tapi tak ada katil. Rupanya katil di tingkat atas dan ada satu lagi bilik air.

#vonresortabant #boluturkiye #kembaraacik
Masjid ini ada enam menara sempena enam rukun iman. Tinggi menara adalah 107.1 meter. Ketinggian merujuk kpd Pertempuran Manzikert yang terjadi pada tahun 1071. Pasukan Turki Seljuk yang dipimpin oleh Sultan Alp Arslan berjaya mengalahkan Bizantium dan membolehkan bangsa Turki kembali ke Anatolia.
Masjid Camlica terletak di daerah Üsküdar, Istanbul. Ia boleh menampung 63,000 jemaah (angka diambil sempena kewafatan Rasulullah s.a.w. pada usia 63 tahun).

#çamlıcamosque #masjidçamlıca #kembaraacik